
Saya suka berfikir. Samada berfikir benda yang releven ataupun kurang relevan dengan situasi.
Kebanyakan masa, baik hasil yang saya dapat dari aktiviti berfikir saya itu.
Tapi, adakalanya padah juga yang saya terima.
Sebagai contoh, saya menimbang-nimbang ingin membeli henset baru. Sebab henset saya sekarang kerap sangat mematikan dirinya sendiri. Bateri dah kerap kali ditukar namun penyakit tetap berulang. Fikir punya fikir, akhirnya tiba saat saya terpacak di depan penjual henset yang tersenyum manis. Akhirnya, ada sesuatu yang saya bawa pulang ke rumah.
Bateri baru untuk henset lama saya dan sony mp3 walkman yang baru.
Huh! Hampeh…
Notakaki:
Tolong jangan ambik kisah di atas sebagai teladan. Jadi sempadan tak mengapa